Assalamualaikum...
lelaki yang baik untuk wanita yang baik
lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat
lelaki yang baik untuk wanita yang jahat
lelaki yang jahat untuk wanita yang baik
Lelaki yang baik untuk wanita yang baik, wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Ini memang tidak dinafikan lagi sebab sudah tertulis dalam Al-Quran.
Setiap orang ingin mencari yang terbaik dalam hidup sehinggakan mencari pasangan pun dikalangan yang terbaik.
Jika kita mahu yang terbaik dalam hidup, mestilah menjadi yang terbaik dahulu. Mana mungkin, kita mahukan yang terbaik dalam hidup tapi kita sendiri yang buat jahat. Tiada perkara jahat yang dilakukan memberi kebaikan dalam hidup kita.
Oleh itu, kita (jahat) yang inginkan pasangan yang baik bukanlah tergolong dalam mencari yang terbaik dalam hidup tapi hanyalah mencari pasangan yang terbaik dalam hidupnya.
Sekadar meluahkan pendapat yang tak seberapa dan untuk renungan diri sendiri. ^_^