Salam...
Kadang-kadang hati ini tersangat hairan apabila melihat ulama' selalu menangis mengalirkan air mata, sedang mereka itu hendak dikatakan membuat dosa dalam kehidupan seharian sangat minimal dan amal kebaikan mereka sangat banyak. Tetapi mereka tetap menangis kerana takutkan Allah.
Berlainan dengan kita, gelak berdekah-dekah setiap hari, seolah-olah tiada dosa langsung, sentiasa seronok tanpa ada sifat takut dan malu kepada Allah. Apatah lagi amal kebaikan sangatlah sedikit dalam kehidupan sehari-hari. Namun masih bergelak besar seolah-olah azab Allah itu tidak pedih dan seperti kematian itu tidak datang pada bila-bila masa. Astaghfirullah al-adzim.
Belajarlah dari kehidupan ulama' wahai diri, mereka mulia di sisi Allah tetapi selalu menangis kerana takut dan malu kepada Allah, kita pula masih bergelak besar tanpa malu dan takut kepada Allah sedangkan hina di sisi Tuhan. Allahu Allah.