Salam...
Hari nie, dalam Berita Harian ada megeluarkan artikel tentang "Siswa kini boleh beli kereta".
Menurut BH, Pelajar tahun akhir IPT awam dan swasta berpeluang membeli kereta Perodua untuk semua model Viava dan MyVi dengan bayaran serendah RM299 sebulan bagi tahun pertama pembelian tanpa bayaran pendahuluan. Pelajar hanya perlu tunjukkan kad pelajar dan seorang penjamin bagi memohon tawaran berkenaan. Selepas tahun pertama pembelian, bayaran bulanan untuk tempoh seterusnya akan beransur-ansur meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah habis tempoh pinjaman, sejajar dengan kenaikan gaji mereka. Siapa yang beli akan menerima perlindungan insurans kemalangan bernilai RM20 000 secara percuma dan diskaun 50% bagi servis asas di semua pusat servis Perodua di seluruh negara.
Apa yang aku tulis kat atas nie adalah ringkasan dari apa yang ada dalam artikel BH. Kalau nak baca sepenuhnya, ke sini --> Siswa kini boleh beli kereta.
Antara komen-komen pula, ada yang kata hutang PTPTN dah banyak, nak hutang kereta pula, ada yang minta harga kereta diturunkan, ada yang kata makin sesak lalu lintas dan kebanyakkan tidak bersetuju tawaran ini diwujudkan.
Pandangan aku, pertama sekali, tawaran nie TIDAK DIWAJIBKAN, jadi siapa yang nak beli, boleh terima tawaran nie, siapa yang tak nak beli, tak perlu terima tawaran nie (Mahasiswa tahun akhir).
Kedua, bagi aku, fikiran seorang Mahasiswa tahun akhir dalam membuat PERANCANGAN HIDUP nie tak sama dengan fikiran budak-budak sekolah yang hanya tahu berseronok tanpa memikirkan masalah hidup (tapi tak tahu la realitinya betul ke tidak). Jadi, ukurlah baju dibadan sendiri. Kalau mampu membeli kereta, teruskan, kalau tak mampu, jangan berlagak macam orang mampu beli, lepas tu bila hutang, salahkan PERODUA la, kerajaan la dan sebagainya. (aku bukan orang politik dan tak sokong mana-mana pihak).
Akhir sekali, aku tak nampak apa yang tak elok tentang tawaran ini tapi aku risau tentang mentaliti orang kita yang lebih suka bersenang-senang dan tidak mahu bersusah payah dalam kehidupan. Kadang-kadang ada yang tak mampu, tapi kerana ingin berlagak, sanggup berhutang untuk membeli apa yang dia mahu. Jadi, tak mustahil la kalau tawaran nie pun akan diterima oleh golongan yang tidak berkemampuan.
Ada pandangan? boleh komen... :)
Sekian, terima kasih...