Assalamualaikum...
Pemberian baucer buku bernilai RM200 yang diberikan oleh kerajaan kepada pelajar-pelajar IPTA/IPTS adalah bertujuan untuk membeli buku-buku rujukan/bahan bacaan tetapi masih ada segelintir yang menyalahgunakan baucer buku tersebut dengan membeli barang-barang yang tidak ada kena mengena dengan bahan bacaan ataupun menjual semula bagi mendapatkan wang tunai.
Antara alasan kenapa pelajar menyalahgunakan baucer buku
1.Berada di akhir sem
Pelajar A: Kau nak buat apa baucer buku tu?
Pelajar B: Aku rasa nak beli barang IT la berbanding beli buku. Lagipun, bulan Februari sudah akhir sem, buat apa beli buku lagi.
Pelajar A: Tapi kita akan mulakan sem baru pada bulan Mac nanti. Kau nak beli buku guna duit sendiri ke sem depan?
Pelajar B: errr...
Pelajar A: (hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih) >_<
2. Kurang minat membaca
Pelajar A: kenapa kau tak guna baucer buku untuk beli buku?
Pelajar B: Aku tak minat la baca buku, rugi je kalau beli buku pun.
Pelajar A: Habis tu, macam mana kau boleh masuk Universiti kalau tak minat baca buku?
Pelajar B: #$%^&
Pelajar A: Lagi satu, masih ada ke Pelajar Universiti tak suka membaca?
Pelajar B: $#%^&&
Pelajar A: Lagi satu, macam mana negara nak maju kalau rakyat tak minat membaca?
Pelajar B: #$%^&*
Pelajar A: Lagi satu.....
Pelajar B: cukup...cukup... aku dah insaf dah. Esok kita pergi beli buku ok... (-_-)'
Pelajar A: ^_^
3. Tak semua kedai buku terima baucer tersebut
Pelajar A: Apa masalah kau nie?
Pelajar B: Aku hairan la, kenapa la ada kedai buku yang tak terima baucer nie padahal baucer nie kerajaan yang bagi. Macam mana aku nak beli buku kalau kedai buku tak nak terima baucer nie.
Pelajar A: Tapi ada kan kedai buku yang terima baucer nie. Kedai buku kat Universiti pun terima juga kan.
Pelajar B: hmmm (mengeluh sebab terpaksa beli buku jugak)
Pelajar A: ^_^
4. Akhir tahun pengajian
Pelajar A: Kau nak buat apa dengan baucer nie? Kita kan sudah diakhir pengajian.
Pelajar B: Memandangkan kita dah berada di akhir pengajian, jadi, rasanya aku nak jual la baucer nie. Belajar dah habis, buat apa nak beli buku lagi. Baik jual, dapat juga duit.
Pelajar A: Tapi... kita boleh beli buku ilmiah lain, tak semestinya buku pengajian kan. Aku rasa nak beli kitab hadis-hadis Nabi, Al-Quran tafsir ke. hehehe
Pelajar B: (diam tak terkata)
Selamat membaca!
p/s: kalau ada lagi alasan nak ditambah, boleh la tulis kat ruangan komen. Nanti boleh buat dialog lagi... hehehe