Diri vs Nafsu

Assalamualaikum...

Selamat berpuasa kepada seluruh umat islam pada hari sabtu, 12 Julai 2012, 1 Ramadhan 1433 Hijrah

Jika sebelum ramadhan, kita di hasut oleh syaitan dan godaan hawa nafsu, tetapi dalam bulan ramadhan ini, syaitan dipenjara, hanya tinggal nafsu. Mampukah kita menahan godaan hawa nafsu?

Kalau bagi aku, memang susah nak melawan godaan nafsu nie terutama nafsu makan. Kalau waktu sahur, boleh lagi kompromi untuk makan makanan yang ada je (walaupun hari pertama puasa aku tak bangun sahur) tapi aku tak pasti macam mana waktu berbuka nanti, tambah-tambah duit ada dalam tangan pastu makanan beli sendiri pula tu. Semoga Allah melindungi kita daripada pembaziran ketika bebuka puasa.


Aku juga pernah terfikir, kalau syaitan dipenjara, dan hanya tinggal kita dengan nafsu sahaja dan perangai/sikap kita masih sama seperti bulan-bulan sebelum ramadhan, adakah sepanjang hidup kita hanya dipengaruhi oleh nafsu, syaitan tak hasut langsung. Kalau macam tu, betapa lemahnya iman kita sehingga syaitan tak perlu menghasut kita, hanya nafsu yang menguasai diri kita.

Semoga kita dapat melihat perbezaan sikap diri kita sebelum, semasa dan selepas ramadhan supaya kita sedar nafsu atau syaitan yang menganggu kita.

1 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post