Hanya lapar dan dahaga saja di bulan puasa

Assalamualaikum...

Sebagai umat islam, kita mempunyai tanggungjawab untuk menyebarkan dakwah islam. Kita tak perlu tunggu untuk jadi sempurna baru nak berdakwah sebab hanya Rasulullah saja manusia yang sempurna. Jadi, kat sini tanggungjawab aku adalah untuk meluahkan pandangan aku yang tak seberapa nie untuk sama-sama kita ambil iktibar dan muhasabah diri.

Kita cakap bulan ramadhan bulan puasa dan bulan barakah dan bulan yang melipat gandakan amalan pahala kita, jadi, kita kena puasa bukan sekadar puasa lapar dan dahaga tapi  kita kena puasa bagi 7 anggota badan kita iaitu kaki, tangan, mulut, telinga, perut, kemaluan dan juga mata.

Bila kita online facebook, kat 'home' kita banyak kemaskini status profile atau pages kan. Ada yang baik, ada juga yang tak baik. Kalau yang baik, Alhamdulillah tapi kalau yang tak baik tu macam mana? rasanya kalau kita baca dan tengok status-status macam tu, masih ada lagi ke pahala puasa kita? Mungkin cuma tinggal lapar dan dahaga seperti apa yang Nabi Muhammad saw sabdakan:

Daripada Abu Hurairah r.a katanya bahawa Nabi saw bersabda: ''Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.'' - Al Bukhari (sumber)

Kita sebagai umat islam, kawal la diri kita daripada mengemaskini status tak elok macam mengumpat, mengutuk dan jangan la kita kongsikan link-link yang berunsur lucah ataupun muat naik gambar-gambar yang tak sesuai untuk ditengok walaupun perkara tu benar.

Sekian terima kasih... :)

2 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post