Tips berfanpages di facebook

Assalamualaikum...

Aku tak tahu berapa fanpages facebook dicipta setiap hari. Aku tengok, ada je fanpages-fanpages yang baru dicipta. Mudah je nak cipta fanpages nie cuma kita je yang tak nak ambil tahu. Kalau nak tahu, boleh google je, berlambak tutorial-tutorial. Mau dengan takmau je. :)


Kenapa kita cipta fanpages? Antara sebab mungkin ada yang cipta fanpages nie untuk berdakwah, suka-suka, berjual beli, cari duit lebih, sebarkan fitnah, mengarut, sebarkan politik, sebarkan idea, menghina agama, menghina seseorang dan sebagainya.


Walaupun senang nak cipta fanpages, tapi agak susah untuk mencari orang-orang untuk like fanpages nie. Ada fanpages yang mempunyai 100k, 200k, 300k, 1juta, 2juta, 3juta LIKE. Sekarang sudah berlambak fanpages-fanpages kat facebook, penuh status-status fanpages kat newsfeed kita. Ada yang bermanfaat, ada yang mengarut.


Tips nak cari like:

1. Bila korang jadi admin, korang invite kawan-kawan korang untuk like pages korang tu samaada melalui inbox, notification, group, tag atau sebagainya.

2. Korang boleh buat apps contohnya apps video yang mana siapa yang nak tengok video tu, kena like pages korang dulu. Kalau nak belajar buat apps video, boleh pergi ke exootlab.

3. Korang upload gambar/update status yang best-best. Kalau best, Insyaallah ramai yang share kat wall masing-masing.

4. Korang komen kat pages-pages yang tinggi like dan korang tag pages korang kat situ. Aku cadangkan elakkan daripada share link pages dalam ruangan komen, takut nanti kena ban. Lebih baik tag je lagi ok.


Tips bila takde idea:

Tips mudah je, kalau waktu siang, korang tanya "sapa dah makan, cuba LIKE", kalau waktu malam, "sapa yang tak tido lagi, cuba LIKE", kalau pagi, "korang dah bangun ke? sarapan makan apa?".

Kalau nak lagi baik, korang copypaste je balik apa yang korang post sebelum-sebelum nie, sebabnya tak semua orang akan ingat/baca post korang sebelum nie, manusia kan pelupa. Ataupun korang copypaste je status-status fanpages lain. Tapi elakkan copypaste status yang tak pasti kesahihannya, nanti penyabar fitnah plak.


Rasanya cukup setakat nie dulu, nanti kalau ada lagi, aku update lagi. :) Ini apa yang aku tahu je, apa yang aku tak tahu banyak lagi, kalau korang nak share-share info berguna, silakan. :)

2 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post