Kezaliman yang besar

Assalamualaikum...

Kezaliman yang besar bukanlah dengan menyiksa atau membunuh manusia mahupun binatang tetapi kezaliman yang paling besar ialah dengan mempersekutukan Allah dengan sesuatu, dengan erti kata lain, iaitu dengan mensyirikkan Allah. Dosa orang syirik tidak akan diampunkan oleh Allah s.w.t.


"Jangan kita mengatakan orang kafir lebih baik dari orang Islam. Mereka lebih zalim kerana telah mensyirikan Allah." - kata seorang ustaz dalam ceramah di radio Kedah.FM


Surah Al-Luqman ayat 13:
"Dan (ingatlah) ketika Lukman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepadanya, "Wahai anakku ! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."


p/s : jauhi diri kita dari perkara yang boleh mensyirikan Allah. Itu adalah dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah. Nauzubillah...

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post