Cara bagaimana untuk gambar DP facebook yang diupload, tidak muncul di newsfeed rakan-rakan

Assalamualaikum...


Hari nie saya akan kongsikan cara bagaimana untuk gambar DP facebook yang diupload, tidak muncul di newsfeed rakan-rakan.


Sebelum ini, bila upload gambar untuk dibuat DP facebook, akan muncul di newsfeed rakan-rakan. Mungkin ada yang tidak suka bila mereka dipuji atau dikutuk ketika upload gambar sendiri dalam facebook, jadi cubalah cara ini. Insyaallah, takde sapa pun perasan, like dan komen gambar tu. hehe


Mula-mula, upload gambar tu dengan setting "Only Me". Kemudian, klik gambar tu dan klik "Make a profile picture". Bila dah dijadikan profile picture, pergi ke profile dan kemudian ubah setting kepada "Only Me".




Bila dah ubah setting macam nie, rakan-rakan hanya boleh tengok gambar sebesar gambar di DP facebook kita sahaja, dan tidak boleh klik gambar DP facebook kita dan gambar ini tidak muncul di newsfeed rakan-rakan. hehe


Bagi sesiapa yang tak nak gambarnya dilike, dipuji atau dikeji, mungkin di share kan oleh rakan-rakan, lebih baik buat macam nie. Aku buat setting macam nie sebab tak nak orang like atau komen sebab aku selalu tukar DP facebook. Nanti naik menyampah pula rakan-rakan kita kan... hehe


Dan cara ini sesuai bagi mereka muslimin dan muslimah yang mahu letak gambar sendiri di facebook tapi tak nak dipuji, takut timbul rasa riak kan. Dah banyak aku tengok gambar terutama gambar muslimah yang upload dipuji "wah, cantiknya ciptaanNya", "subhannallah" dan sebagainya. Bagi mengelak timbulnya fitnah, cubalah cara ini. :)


Sekian terima kasih.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post