Assalamualaikum...
24 Mei 2014, Jakim mengantung sijil pengesahan halal bagi dua produk iaitu Cadbury Dairy Milk Hazel nut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond kerana kedua-dua produk ini mengandungi DNA khinzir dan haram dimakan oleh orang Islam.

Alhamdulillah, mendengar pengharaman coklat cadbury ini, ramai orang Islam mengambil pendekatan untuk tidak membeli coklat cadbury ini.
Mungkin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu membuat pemeriksaan keatas semua jenis coklat yang berada di pasaran Malaysia supaya coklat yang dimakan oleh orang Islam betul-betul halal dan tidak mengandungi bahan-bahan yang haram.
Dan mungkin masih ramai ada yang tidak tahu, Jakim juga mengeluarkan fatwa pengharaman rokok. Kalau kita lihat sekeliling kita, masih ramai yang merokok seolah-olah tidak ada rasa bersalah walaupun sedang melakukan perkara yang diharamkan oleh Islam.
Dan Allah juga melarang kita sebagai umat Islam mendedahkan aurat. Bila Allah melarang, ia adalah haram. Bila ia haram, sama-samalah kita memboikot segala jenis pakaian-pakaian yang mendedahkan aurat.
Akhir sekali, teringat kata-kata ini :
"saat paling bahaya dalam hidup adalah ketika hati kita sudah tidak lagi sensitif terhadap dosa".
UPDATE : Menurut JAKIM, cadbury halal dimakan. ~
Sekian, wassalam...