Cara membuat aplikasi android, iOS dan menukarkan web/blog kepada aplikasi android dan iOS dengan mudah

Assalamualaikum...

Ketika ini, android merupakan operating system (OS) bagi smartphone paling popular di dunia selain iOS daripada Apple. Terdapat beratus ribu aplikasi di GooglePlay dan setiap hari ada saja aplikasi baru yang dimasukkan dalam GooglePlay.


Bagi mereka yang ingin membuat aplikasi berasaskan android, pengetahuan tentang Java sangat diperlukan dan Java bukannya boleh belajar dalam sehari dua, sebulan dua bulan.


Bagi memudahkan membuat aplikasi android tanpa pengetahuan tentang Java, terdapat beberapa laman web yang menyediakan perkhidmatan, antaranya :


GoNative.io

GoNative.io menyediakan perkhidmatan menukarkan laman web kepada aplikasi android dan iOS dengan mudah dan cepat. Tanpa pengtahuan Java, sesiapa saja boleh menjadikan blog/web mereka menjadi sebuah aplikasi.


Antara contoh aplikasi yang telah menggunakan GoNative.io adalah Amanz, iluvislam dan Dr Maza. Aplikasi ini bukanlah aplikasi rasmi dari pihak laman tersebut tetapi adalah inisiatif saya sendiri untuk menjadikan laman-laman tersebut sebuah aplikasi dan secara tak langsung memudahkan saya untuk melayari laman tersebut tanpa membuka browser. :)


                  


Como.com (mobile by conduit)

Como.com yang dulu dikenali sebagai conduit mobile merupakan salah satu laman web yang menyediakan perkhidmatan membuat aplikasi android dan iOS. Laman ini tidak hanya menyediakan perkhidmatan menukarkan laman web kepada aplikasi malah mampu memasukkan pelbagai jenis fungsi yang disediakan seperti text, image, video, url blog, catalog, cart dan sebagainya dengan mudah.




Bagi mereka yang ingin memasukkan apk aplikasi dalam GooglePlay, hendaklah mendaftarkan di Google Play Developer Console. Caj yang dikenakan oleh Google sebanyak $25 (RM75) seumur hidup. Setelah mendaftar, anda boleh memasukkan seberapa banyak apk yang anda mahukan. Bagi iOS, caj pendaftaran $99 setahun.


Bagi mereka yang ingin mencuba, boleh mencubanya sekarang. Semoga berjaya. :)

4 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post