Sunnah Nabi yang kita tidak sedar


Hidupkan Sunnah :

"Sentiasalah melazimi kehidupan dengan menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah saw. Antara sunnah Rasulullah yang paling mudah untuk diamalkan ialah sentiasa mendahulukan yang kanan dalam apa jua perkara mulia, akan mendapat pahala tayammun dengan mengutamakan yang kanan seperti memakai cincin, memakai jam tangan dan lain-lain, niatkan untuk mencontohi baginda Nabi saw."

"Satu perkara didalam sunnah Nabi Muhammad saw boleh menjadi asbab untuk membawa seseorang kepada syurga. Kalau pakaian seragam Maybank ada warna kuningnya, kalau pakaian seragam Air Asia ada warna merahnya, atau pakaian seragam MAS ada bunga-bunganya, cuba kita pakai pakaian seragam berjubah putih atau pakaian yang berwarna putih untuk menghadap kepada Allah swt pada setiap Jumaat terutamanya. Sentiasalah melazimi kehidupan dengan menghidupkan sunnah Rasulullah saw."

Daripada TG Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post