Honor 6 Plus dilancarkan di Malaysia - berharga RM1399


Huawei Malaysia telah melancarkan sebuah lagi peranti yang dikenali sebagai Honor 6 Plus di pasaran tempatan. Honor 6 Plus merupakan sebuah peranti yang ditambah baik berbanding peranti sebelum ini iaitu Honor 6.




Honor 6 Plus hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci HD Penuh LCD dengan Gorilla Glass 3, menggunakan cip pemprosesan Kirin 925 lapan teras daripada Huawei, memori 3GB RAM, ruangan storan 32GB dan mempunyai capaian 4G LTE.

Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah dua lensa pada bahagian belakang dengan setiap satunya menggunakan sensor 8-megapixel. Honor mengatakan pengguna boleh merakamkan lebih 60% cahaya berbanding kamera biasa dan boleh merakamkan gambar dalam keadaan yang kurang pencahayaan dengan baik serta berupaya untuk memfokus dengan pantas.

Honor 6 Plus akan dijual di Malaysia bermula esok – 29 April 2015 pada harga RM1399. Seperti biasa, ia akan dijual melalui laman rasmi mereka, VMall.MY.

Sumber : Amanz.my

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post