Wanita dengan sifat pemalu

Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :

" Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu". - Hadis Riwayat Baihaqi


Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :

"Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu". - Hadis Riwayat Bukhari

Kebanyakkan wanita hari ini tidak malu atau kurang malu. Mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Mungkin kerana sifat malu yang dikurniakan Allah sudah tidak berfungsi sepenuhnya.

Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.

Percayalah, jika semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia, dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gelaja buruk yang menimpa kaum wanita.

Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda :

"Setiap insan pasti membuat kesilapan dan sebaik-baik manusia yang membuat kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat".

Wallahu'alam

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post