Kata-kata daripada filem 7 Petala Cinta

Assalamualaikum dan selamat petang di hari Jumaat yang mulia ini. Insyaallah...


Pada kali ini, aku nak kongsikan 2 kata-kata yang aku dapat semasa menonton filem "7 Petala Cinta".

"Apa yang awak tahu tentang diri saya tak lebih dari 1 perenggan dalam 1 bab"

Aku post kat facebook kata-kata kat atas nie, ada orang like, jadi aku anggap orang yang like tu macam aku juga iaitu masih percaya ada orang masih tidak tahu sepenuhnya tentang diri ini (aku dan orang yang like) dan mungkin orang yang tengah baca nie pun sokong dengan kata-kata ini kan. ^_^

"Sedangkan permintaan iblis pun Allah makbulkan, apatah lagi hambaNya yang serba kekurangan ini"

Kita semua tahu iblis merupakan makhluk Allah yang ingkar kepada perintah Allah tetapi Allah masih lagi memakbulkan permintaan iblis. Oleh itu, kita sebagai manusia dan hamba-Nya yang serba kekurangan, jangan berputus asa dan berhenti daripada berdoa untuk mengharapkan petunjuk dan rahmat daripada Allah.

Perempuan: Mungkin saya tidak seperti Saidatina Fatimah
Lelaki: Aku bukan Saidina Ali

Inilah yang dikatakan jangan memilih pasangan yang sempurna andai diri tidak sempurna. Jangan mengharapkan pasangan seperti Saidatina Fatimah jika tidak dapat jadi seperti Saidina Ali.

Di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi, ada 7 petala cinta. Sekian terima kasih ^_^

1 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post