Orang Islam didenda RM25 kerana menari tiang

Assalamualaikum...

"Mahkamah Majistret semalam mendenda tiga gadis beragama Islam sebanyak RM25 seorang atas kesalahan melakukan aksi tarian tiang dan berpakaian kurang sopan di sebuah pusat hiburan dekat Nilai, Negeri Sembilan pada sabtu lalu"

Kalau mencuri pemadam kawan bolehlah denda RM25 tapi kalau orang Islam yang melakukan aksi tarian tiang, tak kan nak denda RM25 kot. Kalau denda RM25, lebih baik tak payah buang masa bawa diorang pergi Mahkamah ataupun tak payah buang masa pergi tangkap diorang tu. Biar je diorang tu teruskan dengan aktiviti diorang tu.

Kalau nak denda tu, bagi la denda yang boleh bagi keinsafan kepada 3 orang perempuan tu dan juga orang-orang yang pergi tengok aksi tu. Bagi denda macam sebat ke, menjalani pemulihan akhlak ke, bawa pergi kem motivasi ke baru berbaloi. Sekurang-kurang denda macam tu dapat sedarkan diorang tu.

Kalau boleh tu, jangan tangkap yang tiga orang penari tiang tu saja, tangkap semua sekali termasuk yang tengok tu, lepas tu bawa diorang pergi jumpa pakar motivasi ke, jumpa Ustaz ke, biar diorang sedar yang diorang sudah tersasur dari jalan kebenaran. Nama pun Islam kan.

Sekian terima kasih... ^_^

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post