Munafiknya kita tanpa sedar

Assalamualaikum...

Orang munafik ialah orang yang secara luarannya seperti orang beragama, namun hatinya penuh kebencian dan permusuhan terhadap Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. serta umat Islam.

Orang munafik lebih bahaya dari orang kafir kerana golongan munafik ini umpama "duri dalam daging", dan "musuh dalam selimut".

Golongan munafik terbahagi kepada 2 jenis iaitu munafik keimanan dan munafik perbuatan.

Munafik keimanan ialah mendustai Allah, Rasulullah, kitab dan lain-lain secara diam-diam, walaupun secara zahirnya mereka mengetahui kebenaranya.

Munafik perbuatan ialah mereka yang mengzahirkan perbuatan yang terang-terang menyalahi garis panduan dari Al-Quran, Sunnah dan Ijmak Ulama.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud, "Ada tiga tanda orang munafik, jika dia bercakap, dia berdusta, jika dia berjanji, dia memungkirinya, jika dia diberi amanah, dia mengkhianatinya."(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Sebenarnya ada banyak lagi tanda-tanda orang munafik, dan salah satunya ialah BERASA AMAN DARIPADA NERAKA ALLAH APABILA MEMBUAT DOSA. -_-'


Susah untuk kita mengetahui siapa sebenarnya orang munafik ini kerana kita tidak tahu isi hati seseorang. Namun, pada zaman Rasulullah, ada seorang sahabat yang mengetahui senarai nama orang munafik iaitu Hudzaifah Al-Yamani kerana Rasulullah memberitahu kepadanya sehinggakan beliau digelar "Pemegang Rahsia Rasulullah".

Khalifah Umar Al-Khattab mengetahui munafiknya seseorang apabila adanya majlis kematian dan Hudzaifah Al-Yamani tidak datang untuk bersolat jenazah untuknya. Jelaslah orang itu adalah munafik.

Pada zaman Rasulullah S.A.W., terdapat seorang ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubay. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan klon "Abdullah bin Ubay" moden.

Sebagai umat Islam, kita perlu terus mempertahankan iman senipis kulit bawang ini sehingga nafas terakhir. Golongan munafik zaman moden lebih canggih pendekatannya, ditambah pula dunia tanpa sempadan.

Sumber: berita harian

6 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post