10 jenis software yang patut dipasang selepas format

Assalamualaikum...

Kali nie aku nak kongsikan software apa yang sepatutnya kita pasang dalam laptop selepas format. Mungkin ada yang dah tahu software apa yang patut dia pasang, tapi mungkin juga ada yang tak tahu software apa yang patut dipasang (kes format kat kedai) dan mungkin juga ada yang tak tahu apa tu 'software'. Kalau yang tak tahu tu, mungkin baru nak ceburi dunia IT kot.

Apa yang aku tahu, software nie adalah aplikasi yang akan kita guna untuk buat kerja seharian kita macam edit dan lihat gambar, menaip kerja kursus, edit dan tonton video ataupun apa-apa saja.

Lepas format laptop, software yang asas yang sepatutnya kita pasang ialah:

1. Microsoft Office samaada versi 2010 ataupun versi 2013 (latest). Buat masa sekarang, aku rekomenkan Microsoft Office 2010 dan mungkin beberapa bulan lagi aku akan rekomenkan Micorosoft Office 2013.

2. GOM Player adalah aplikasi untuk tonton video/movie. Aku cuma rekomenkan GOM Player, kalau nak pasang aplikasi lain macam KMPmedia, VLC Player pun takde masalah.

3. Untuk dengar lagu, aku nak rekomenkan windows media player je sebabnya kebanyakkan lagu yang kita dengar format mp3 dan windows media player nie pun sokong format mp3 dan aplikasi nie sudah siap terpasang dalam windows. Jadi, tak perlu susah-susah nak pasang dan jimat memori HDD laptop. Kalau nak pasang aplikasi lain macam winamp, iTunes, AIMP pun boleh juga.

4. Browser (aplikasi nak buka internet) sekarang dah banyak, nak pasang semua pun takde masalah. Yang paling bagus aku rasa google chrome dengan firefox. Internet explore memang dah ada. Kalau nak pasang Opera, Safari pun boleh juga.

5. Kalau yang nak edit gambar, adobe photoshop sesuai. Tapi kena dapatkan yang full version, kalau trial, dia bagi 30 hari je percuma. Full version percuma je kalau pandai cari dalam internet nie. Sekarang nie banyak blog-blog yang sediakan seriel key ataupun crack untuk jadikan adobe photoshop tu full version.

6. Antivirus contohnya Avira, Kaspersky, Eset, Norton, BitDefender, Panda, AVG.  Ada yang free, ada yang trial dan ada yang berbayar. Buat la pilihan.

7. WinRar untuk extract file format .zip, .exe dan seangkatan dengannya.

8. Adobe flash (salah satu kegunaan adalah untuk tonton video kat youtube), adobe reader (untuk baca file PDF)

9. Java. Apa yang aku tahu, kalau nak main game dalam talian (online) boleh la pasang benda nie.

10. Edit video seperti AVS Video Editor ataupun Windows Movie Maker. Ada banyak lagi dan kebanyakkannya berbayar.


Rasanya cukup la setakat 10 jenis software yang patut kita pasang. Untuk laptop aku nie, aku pasang Microsoft Office 2010, Windows Media Player, iTunes, GOM Player, Adobe Photoshop, Google Chrome, Firefox, Safari, Windows Movie Maker, winrar, adobe reader, java, adobe flash. Buat masa sekarang, aku tak pasang lagi antivirus sebab malas, asyik scan je pastu last-last ada virus juga. :)

Ok la, cukup la setakat nie dulu. Kalau ada yang nak tambah software-software lain, boleh tulis kat ruangan komen nie. Aku pun masih belajar, mungkin ada yang tertinggal dan terlupa.


2 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post