Assalamualaikum dan selamat bersahur.. :)
Pagi-pagi macam nie aku nak kongsi sikit bagaimana nak tingkatkan trafik (pengunjung) ataupun follower dalam blog kita.
Bagi blogger yang baru masuk dunia blog nie (termasuk aku), matlamat utama mesti nak cari trafik kan, ataupun nak bagi orang follower blog kita. Lagi ramai lagi semangat nak update blog kan. Biasa la, aku pun pernah mengalami macam tu zaman muda-muda dulu, masa mula-mula kenal blog.
Ok la, cara nak tingkatkan trafik ataupun follower:
1. Kalau boleh buat entri yang boleh menarik minat orang untuk membaca. Ambil la masa sikit untuk fikir apa yang orang sekarang minat nak baca pasal isu semasa ke, keagamaan ke, hiburan ke, teknologi ke. Bila dah dapat terus je buat entri, jangan tunggu lama-lama, nanti hilang idea tu. Kalau boleh, elakkan la buat entri yang spoil, contohnya, tajuk lain, bila baca entri lain pula ceritanya ataupun entri yang tak memberi faedah kepada pembaca. (pesanan untuk diri sendiri juga)
2. Bina hubungan dengan blogger lain samaada yang datang ke blog kita ataupun blog yang kita kunjungi. Nak berjaya, tak elok menyombongkan diri. (pesanan untuk diri sendiri juga).
3. Bila kita dah rasa yakin yang entri kita nie boleh beri manfaat kat orang lain, boleh la kita ping entri kita tu kat Blogr.my ataupun sebarkan dalam twitter ataupun facebook ataupun apa-apa je yang kita rasa orang boleh tahu entri kita tu. (pesanan untuk diri sendiri juga)
4. Kalau rasa nak buat fan pages pun boleh, untuk membina komuniti antara kita dengan pembaca pun boleh. Secara tak langsung, bila ada orang like pages kita tu, sebenarnya mereka dah jadi follower kepada blog kita. (pesanan untuk diri sendiri juga)
5. Seterusnya, blog kita mestilah mesra pengguna macam blog yang ringan, cepat loading, entri yang mudah dibaca, komen yang mudah dikomen (disarankan buat pop up dan letakkan plug in komen facebook). Banyak tutorial blog dalam internet nie, jadi carilah tutorial-tutorial yang boleh mencantikkan dan memantapkan blog kita. (pesanan untuk diri sendiri juga)

6. Jangan lupa letak la button sosial macam button like, send, share, google plus. Ini untuk memudahkan kita untuk share dan untuk pembaca share dengan orang lain.
Kesemua yang aku bagitau nie, insyaallah boleh tingkatkan trafik blog. Belum cuba belum tahu, dah cuba baru tahu. :) Rasanya cukup la setakat nie dulu, nanti kalau ada lagi, aku buat lagi entri pasal nie (kalau rajin la). Kalau ada yang nak kongsi tips pun, dipersilakan sebab aku pun masih lagi belajar untuk menjadi seorang blogger.