Assalamualaikum...
'kawan' 'rakan' 'sahabat'
Jika diberi pilihan, yang mana kita akan cari? Nak cari kawan ke, rakan ataupun sahabat?
Pasti ramai nak cari sahabat kan tapi kita tahu ke apa erti sahabat berbanding kawan dan rakan? Kalau tanya saya, mahukan sahabat berbanding kawan dan rakan.
Mungkin kita definisikan sahabat tu sebagai seseorang yang berada rapat dengan kita dan merasai apa yang kita rasa samaada disaat kita susah dan senang. Betul tak? Lain la kawan dan rakan, sekejap ada, sekejap takde.
Kalau macam nie kita definasikan sahabat, kawan dan rakan dalam hidup kita, mampukah kita menjadi sahabat untuk sahabat kita? Kita nak sahabat tapi kita tak pernah jadi sahabat untuk sahabat kita. Sesuatu yang saya rasakan seperti pentingkan diri sendiri. Kalau kita nak sahabat, kita kena jadi sahabat dulu.
Jangan persoalkan kenapa kita perlu jadi sahabat dulu. Jika tiada permulaan, kita tidak akan pernah menjumpainya.
Sekadar pandangan saya, semoga kita menilai kembali diri sendiri yang sering terlupa. :)
*Kalau berlainan jantina tu jangan membazir waktu untuk jadikan sahabat, jadikan terus isteri atau suami. :)