Malaysia sebahagian pejuang-pejuang Palestin di Gaza

Assalamualaikum saudara seislam... :)

Ketika umat Islam menyambut tahun baru hijrah 1434Hijrah, ketika itu juga umat Islam dikejutkan dengan serangan dari NEGARA PENGGANAS ISRAEL ke atas bumi Palestin di Gaza. Sehingga hari ini, serangan demi serangan diteruskan oleh pengganas Israel yang telah mengorbankan orang awam, wanita dan kanak-kanak.

Jika di Palestin, saudara kita sanggup berjuang mengorbankan diri dan keluarga demi mempertahankan negaranya, demi mempertahankan Islam. Kalau dilihat di negara-negara Eropah pada musim panas 2011, rakyatnya memboikot barang-barang pengganas Israel seperti pengeluar sayur, Agrexco sehingga menyebabkan bankrap, Firma Veolia dari Perancis yang mendapat kontrak dengan negara pengganas Israel dengan menyediakan perkhidmatan kereta api kepada pendatang yahudi di Tebing Barat mengumumkan kerugian besar akibat tekanan aktivis di seluruh dunia. Terbaru, terdapat demontrasi di McD di Eropah dan juga serangan siber dari Anonymous.

Bagi saya, sebagai rakyat Malaysia, kita juga mampu menyumbangkan bagi meruntuhkan negara pengganas Israel dengan memberi derma dari segi kewangan, harta mahupun tenaga bagi menjayakan segala misi-misi, program-program Gaza.

Jika kita tidak mampu menyertai peperangan di Gaza, biarkanlah harta kita yang pergi ke Gaza.


Di Malaysia, jangan kita lupa, masih ada syarikat-syarikat pengganas beroperasi yang mengaut harta kita untuk disumbangkan kepada kekejaman pengganas Israel. Kalau kita tak guna barang pengganas, kita tidak akan mati, tetapi jika kita menggunakannya, saudara Islam kita di Palestin akan mati. Sama-sama kita memboikot selama-lamanya produk pengganas bagi menyelamatkan nyawa saudara kita.

Labelkan Israel sebagai "pengganas Israel" dalam setiap penulisan kita supaya masyarakat dunia tahu pengganas sebenar bukannya Islam tetapi adalah Israel.

Akhir sekali, kita perlu sedar yang kita sentiasa ada senjata iaitu DOA. Sentiasalah berdoa 5 kali sehari dalam solat fardhu untuk keamanan bumi Palestin dan kehancuran pengganas dan musuh Islam, Israel.

Samakah semangat kita seperti semangat pejuang-pejuang Islam dahulu seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayyubi? Jangan kita mencari masih ada kah pemuda-pemuda seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayyubi tetapi kita sendirilah yang perlu menjadi seperti mereka.

Tidak ada sesiapa yang mampu mengalahkan kita (umat Islam) kerana kita bersama dengan Maha Pencipta segala-galanya iaitu ALLAH.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post