Wanita - Neraka vs Syurga

Assalamualaikum...

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Jika dibaca hadis diatas, menunjukkan kebanyakkan ahli syurga adalah orang fakir manakala kebanyakkan ahli neraka adalah wanita tapi ini tak menunjukkan orang kaya tak masuk syurga dan orang lelaki tak masuk neraka, cuma dalam hadis diatas menunjukkan 'kebanyakkan'.

Tapi orang lelaki jangan cemburu kerana wanita juga boleh memasuki syurga dengan mudah. Ini dinyatakan dalam hadis Nabi:

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Mudah bukan? untuk wanita memasuki syurga?

Semoga dengan hadis-hadis ini dapat menyedarkan wanita-wanita diluar sana, betapa mudahnya anda untuk memasuki syurga, janganlah melakukan sesuatu yang boleh membawa anda ke pintu neraka.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post