Cara menggunakan whatsapp dan aplikasi-aplikasi android di komputer

Assalamualaikum...

Whatsapp merupakan aplikasi mesej yang menggunakan 3G atau wifi untuk mesej bersama keluarga atau rakan-rakan tanpa mengurangkan kredit telefon. Whatsapp merupakan antara aplikasi paling popular dikalangan pengguna smartphone android selain dari wechat, viber, line, BBM dan sebagainya.

Jika komputer menjalankan operasi windows 8, aplikasi seperti viber dan line dapat dipasang dan digunakan melalui windows 8 store yang membolehkan pengguna menggunakan aplikasi android melalui PC.

Namu, bagi Whatsapp, aplikasi tersebut tidak disediakan dalam windows 8 store. Bagi mereka yang ingin menggunakan aplikasi whatsapp didalam PC, boleh memasang aplikasi ketiga (third party) iaitu bluestack.


Bluestack merupakan aplikasi yang dapat menjalankan aplikasi android di PC dan aplikasi ini masih diperingkat beta.

Selain dapat menggunakan aplikasi whatsapp dalam PC, pengguna juga boleh menggunakan aplikasi android seperti facebook, instagram, BBM, ataupun game-game android. Setiap aplikasi dapat digunakan bergantung kepada spesifikasi komputer anda.

Download : Bluestack

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post