Assalamualaikum...
Scam merupakan perkataan inggeris yang bermaksud penipuan manakala scammer merupakan orang yang menipu. Scammer ini berlaku didalam internet. Dan kebanyakkan dari mereka menggunakan medium media sosial seperti facebook atau laman-laman web yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lemah.
Mereka menggunakan pelbagai teknik-teknik licik dengan menabur janji-janji manis sehinggakan pembeli mempercayainya. Dan akhirnya pembeli membayar sejumlah wang tetapi barang yang dianggarkan 2-3 hari untuk sampai ke destinasi, tidak sampai.
Beberapa tips akan dikongsi bagi mengelak atau mengurangkan risiko ditipu.
1. Ketika membeli, pastikan kita tahu maklumat-maklumat penjual seperti nama, alamat, no akaun bank, no telefon dan maklumat-maklumat yang lain yang anda rasakan cukup untuk pastikan dia seorang penjual yang dipercayai ataupun scammer.
2. Kalau boleh, berhubung melalui telefon, bukan sekadar SMS untuk kepastian.
3. Jika kita tidak yakin dengan penjual, kita boleh COD sahaja iaitu berjumpa dan bayar ketika barang diterima. Jika penjual memberi alasan untuk tidak mahu COD, batalkan niat anda sahaja, mungkin mereka adalah scammer.
4. Pastikan kita yang tanya dulu dimana dia tinggal, sebabnya jika penjual tanya kita dulu, dan contohnya kita jawab kita tinggal di Alor Setar, sudah pasti dia akan katakan dia tinggal di sabah atau serawak walaupun dia hanya tinggal di semenanjung yang menyebabkan jauh untuk kita COD.
5. Jika ingin membeli di laman-laman web seperti Lelong, Mudah, Lazada dan sebagainya, pastikan laman tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan yang kuat. Bagi saya, lelong mempunyai ciri-ciri yang agak baik kerana memaparkan feedback pembeli. Disitu, kita boleh lihat, jika feedback yang bagus dan sudah bertahun akaun itu diwujudkan, mungkin penjual itu dipercayai.
Cukup setakat ini dahulu. Jika ada nak dikongsikan tips, boleh dikongsikan diruang komen. :)