Setiap hari kita bangun terasa seperti biasa yang tidak ada apa-apa. Bangun, mandi, makan, belajar, kerja, melancong, berjalan-jalan, dan tido. Nampak seperti tiada apa-apa kan.
Tapi sebenarnya, setiap kali kita bangun pagi, suatu nikmat yang besar telah Allah kurniakan kepada kita iaitu kehidupan. Kehidupan suatu yang sangat bernilai. Sama ada kita sedar atau tidak.
Dengan kehidupan kita mampu melakukan apa saja yang kita inginkan. Dan dengan kehidupan juga mampu mengubah kehidupan kita di akhirat sana samaada hidup kira di neraka atau di syurga.
Itulah nikmat yang sering kita lupa untuk berfikir ketika bangun dari tido kan. Alangkah beruntungnya orang yang sentiasa muhasabah diri.
Semoga kita juga tergolong di kalangan orang yang sentiasa muhasabah diri.